En.Rozman (tengah) mempengerusikan mesyuarat.
Saturday, December 30, 2017
MESYUARAT BULANAN PENGURUSAN JMB SRI SAUJANA KAJANG
Tuesday, December 26, 2017
WAKIL JMB SRI SAUJANA KE PERTANDINGAN BOLING JMB MC KAJANG
Pentadbiran JMB Kajang akan mengadakan Team Building JMB MC Kajang iaitu melibatkan Pertandingan Boling antara JMB MC seluruh Kajang. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada :-
Tarikh: 19 Januari 2018 (Jumaat)
Masa: 7.30 pm - 10.00 pm
(makan mlm disediakan jam 7.30pm)
Tempat: Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya
Yuran: PERCUMA
JMB Sri Saujana akan diwakili oleh Pengerusi JMB Sri Saujana iaitu Encik Rozman dan bergandingan dengan Bendahari JMB Sri Saujana iaitu Encik Shahidioni. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama JMB Sri Saujana.
Tuesday, December 19, 2017
PROGRAM FREE MARKET KAJANG 3.0
Program Free Market Kajang 3.0
Tarikh: 17/12/2017 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Surau Sri Saujana, Prima Saujana, Kajang
Tarikh: 17/12/2017 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Surau Sri Saujana, Prima Saujana, Kajang
Free Market atau Pasar Percuma menggunakan konsep pasar lambak tetapi transaksi pembelian tidak menggunakan wang. Sebaliknya, pelanggan (penerima) cuma perlu senyum, minta dengan sopan, ambil apa yang perlu (jangan tamak) dan ucap terima kasih.
‘Peniaga’ (penyumbang) akan membuka tapak dan mempamerkan barangan sumbangan sama seperti hendak berniaga. ‘Peniaga’ perlu mengemas tapak dan bawa pulang barangan yang tidak habis.
‘Peniaga’ (penyumbang) akan membuka tapak dan mempamerkan barangan sumbangan sama seperti hendak berniaga. ‘Peniaga’ perlu mengemas tapak dan bawa pulang barangan yang tidak habis.
Antara barangan yang diberikan pakaian, buku, alat-tulis dan banyak lagi
Tuesday, November 28, 2017
LAGI POKOK DISEBELAH SURAU DITEBANG
Pokok disebelah Surau Sri Saujana telah ditebang bagi memastikan kawasan persekitarannya bersih,ceria dan selamat.
Thursday, November 2, 2017
TEBANG POKOK SEBELAH SURAU
Pekerja JMB Sri Saujana telah menebang pokok yang berada di sebelah Surau Flat Sri Saujana Kajang. Keadaan pokok yang semakin hampir dengan rumah penduduk Flat Sri Saujana boleh mengundang perkara yang tidak diingini seperti ular masuk ke rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung kawasan Flat Sri Saujana Kajang akan lebih kemas dan ceria.
En. Hassan memotong dahan pokok
Tuesday, October 31, 2017
PETAK PARKING SUDAH DICAT
Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah mengecat semula line pada tapak parking demi memastikan susunan kenderaan berada dalam keadaan yang teratur dan cantik. Penambahbaikan akan dilaksanakan berperingkat demi memastikan keadaan Flat Sri Saujana akan terus terurus dan terjaga.
Line parking yang pudar sebelum ini dicat semula
KECERIAAN FLAT SRI SAUJANA KAJANG
En. Hassan menggunakan batang pokok yang ditebang untuk membuat bangku yang akan diletakkan disekitar taman Flat Sri Saujana Kajang. Semoga persekitaran flat kita akan terus ceria.
Dengan bantuan serta kerjasama dari penduduk, kawasan Flat Seri Saujana akan terus ceria dan terjaga
Friday, October 13, 2017
MASALAH POKOK DI TANAH KPM SELESAI
Masalah pokok di tanah KPM berhadapan Flat Sri Saujana yang sebelum ini mendatangkan masalah kepada penduduk kini sudah diselesaikan oleh pihak JMB Sri Saujana.
Kawasan sudah dibersihkan
Saturday, October 7, 2017
ISU KESELAMATAN PENDUDUK
Pihak JMB Sri Saujana amat peka berkenaan isu keselamatan penduduk. Kakitangan JMB Sri Saujana akan memastikan keadaan Flat Sri Saujana berkeadaan yang baik dan terurus. Penduduk boleh melaporkan ke pihak JMB Sri Saujana jika mengesan berlaku kerosakan di sekitar flat.
HALAMAN KOTA
Pihak JMB berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan penduduk yang mendiami Flat Sri Saujana berada dalam keadaan selamat dan selesa.
Friday, September 29, 2017
MENAMBAH KEKUATAN PAGAR ZINK
Encik Hassan, pekerja am JMB Sri Saujana menebang pokok kecil untuk tambahan kayu penyedal pagar zink tujuannya adalah untuk menambahkan lagi kekuatan zink tersebut supaya tidak roboh.
Tuesday, September 5, 2017
LANTIKAN BAHARU KAKITANGAN JMB SRI SAUJANA
Tahniah diucapkan kepada En. Hasan yang dilantik sebagai kakitangan baharu JMB Sri Saujana Kajang. Semoga dengan kehadiran beliau dapat membantu menceriakan lagi kawasan Flat Sri Saujana.
PROGRAM IBADAH QURBAN PERDANA 2017
Pada 2 September 2017 bersamaan 11 Zulhijjah 1438H, AJK Surau Sri Saujana bersama-sama penduduk Sri Saujana dan sekitarnya bergotong-royong dalam program Qurban Perdana sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sembelihan, melapah, serta memasak hidangan untuk para penduduk yang bersama-sama bergotong-royong. Daging korban juga diagih-agihkan kepada penduduk.
Melapah daging korban
Monday, August 28, 2017
MENYEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Kawasan sekitar Flat Sri Saujana telah dihiasi dengan bendera Malaysia demi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Negaraku Sehati Sejiwa.
Menghiasi kawasan Flat Sri Saujana Kajang dengan bendera Malaysia
Thursday, August 10, 2017
ISU-ISU SEMASA PENDUDUK FLAT
Isu-isu berbangkit penduduk flat di sekitar kita . Utusan Malaysia, Selasa, 8 Ogos 2017
Berita-berita terkini dari flat sekitar kawasan kita
Monday, August 7, 2017
LANTIKAN BAHARU KAKITANGAN JMB SRI SAUJANA
Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada kakitangan baharu JMB Sri Saujana Kajang iaitu Puan Nor Dayana yang telah melaporkan diri di pejabat pada jam 9 pagi hari ini. Semoga dengan lantikan ini dapat melicinkan lagi perjalanan pengurusan JMB Sri Saujana serta memastikan segala urusan berkenaan Flat Sri Saujana berjalan lancar.
Punch card pertama
Sunday, August 6, 2017
ISU POKOK MELEBIHI SEMPADAN : LAPOR KE MEDIA
Setelah sekian lama isu pokok besar dalam tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersebelahan Flat Sri Saujana seperti tiada kesudahan, pihak JMB Sri Saujana Kajang telah melakukan inisiatif dengan memohon bantuan pihak media untuk membangkitkan isu ini. Kehadiran wartawan Harian Metro iaitu Encik Shayaumil sudi membantu pihak JMB Sri Saujana untuk memasukkan isu ini terus ke akhbar Harian Metro. Dengan cara ini, diharap dapat membuka mata pihak berwajib supaya menyelesaikan perkara ini dengan segera supaya keselamatan penduduk terjamin. Isu ini pernah disiarkan melalui blog ini pada 17 Januari 2017
https://srisaujanakajang.blogspot.my/2017/01/masalah-pokok-telah-melebihi-sempadan.html#more
https://srisaujanakajang.blogspot.my/2017/01/masalah-pokok-telah-melebihi-sempadan.html#more
Wartawan Harian Metro En. Shayaumil (kiri) bersama Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang En. Rozman (Tengah) serta Bendahari JMB Sri Saujana Kajang En. Eddy
Thursday, August 3, 2017
MENEBANG POKOK
Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja menebang pokok di halaman Flat Sri Saujana demi memastikan kawasan persekitaran flat bersih, ceria dan selamat.
Wednesday, July 19, 2017
OPERASI MENGALIHKAN BARANG PERSENDIRIAN
Tahniah MC Kenaria Kondo kerana telah dan sdg jalankan OPERASI ALIHKAN BARANG PERSENDIRIAN di koridor. Operasi ini turut disertai PDRM dan MPKJ sbg pemerhati. Notis yang mencukupi telah diberikan kepada semua pemilik yg terlibat. Proses pengalihan barang-barang bertujuan untuk mengelakkan risiko bahaya seperti kebakaran. Tahniah. Patut dicontohi oleh JMB MC yang lain.
Barang-barang penduduk yang dialihkan
Sunday, July 9, 2017
PEMASANGAN SPOTLIGHT
Lampu spotlight dipasang di kawasan kebuk sampah. Ini adalah memberi keselesaan kepada penduduk yang membuang sampah pada waktu malam.
Kawasan kebuk sampah diterangi spotlight
Sunday, July 2, 2017
Thursday, June 15, 2017
JUALAN LELONG MPKj KE ATAS BARANGAN RAMPASAN
Barang rampasan oleh COB MPKj utk dilelong bg unit-unit yg engkar buat bayaran caj penyenggaraan. Lelongan diadakan di Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra pada 18 Jun 2017(Ahad) pada jam 10 pagi. Sesiapa yang berminat boleh membawa wang tunai secukupnya pada hari lelongan. Sila bawa bersama kad pengenalan anda.
Monday, May 29, 2017
MENEBANG POKOK
Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah mengambil maklum aduan penduduk berkenaan haiwan liar seperti ular memasuki kawasan rumah melalui pokok yang bersebelahan dengan kawasan flat. Pihak JMB telah merancang untuk menebang beberapa batang pokok yang dikenalpasti supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Beberapa batang pokok dikenalpasti untuk ditebang
MESYUARAT PENGURUSAN JMB FLAT SRI SAUJANA KAJANG
Mesyuarat Pengurusan kali pertama selepas Mesyuarat Agung Flat Sri Saujana Kajang. Kehadiran dari AJK yang dilantik. Membincangkan hal berkenaan hala tuju pengurusan JMB Sri Saujana untuk penggal berikutnya.
Pihak Pengurusan JMB Sri Saujana Kajang dilantik sebulat suara oleh penduduk ketika Mesyuarat Agung Sri Saujana Kajang pada 21hb Mei 2017
Sunday, May 21, 2017
SITAAN HARTA ALIH - PERTAMA KALINYA DI MALAYSIA DIBAWAH AKTA 757
Assalamualaikum YB, Tuan, Puan
Adalah dimaklumkan bahawa,
Penguatkuasaan SITAAN HARTA ALIH - PERTAMA KALINYA DI MALAYSIA DIBAWAH AKTA 757
Operasi sitaan harta alih
Date : 21 Mei 2017 ( Ahad)
Masa: 2 ptg
Venue : Dewan serba guna MC Vista Seri Putra, Bdr Seri Putra Bangi.
Adalah dimaklumkan bahawa,
Penguatkuasaan SITAAN HARTA ALIH - PERTAMA KALINYA DI MALAYSIA DIBAWAH AKTA 757
Operasi sitaan harta alih
Date : 21 Mei 2017 ( Ahad)
Masa: 2 ptg
Venue : Dewan serba guna MC Vista Seri Putra, Bdr Seri Putra Bangi.
Thursday, May 18, 2017
AKTIVITI SURAU FLAT SRI SAUJANA SEPANJANG RAMADHAN 1438H/2017M
Surau Sri Saujana mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan 1438H/2017M. Muslimin dan muslimat Flat Sri Saujana Kajang dijemput hadir.
MAJLIS GOTONG ROYONG PRIMA SAUJANA
Majlis gotong royong kawasan surau dan flet Sri Saujana anjuran Persatuan Penduduk Taman Prima Saujana Kajang Selangor. Semua penduduk Flet Sri Saujana dijemput hadir bagi kita sama-sama membersihkan dan menceriakan lagi kawasan persekitaran tempat tinggal kita.
Friday, May 5, 2017
Monday, April 17, 2017
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.3/2017
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.3/2017
Tarikh : 17 April 2017 (Isnin)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri Saujana Kajang
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri Saujana Kajang
Agenda Mesyuarat
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Laporan Pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/projek/pembekal
6. Lain-lain hal
1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Laporan Pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/projek/pembekal
6. Lain-lain hal
Wednesday, April 12, 2017
PEMASANGAN PAPAN TANDA PERINGATAN
Pemasangan papan tanda peringatan di beberapa lokasi seperti di rumah sampah dan kawasan parking. Sebagai didikan kepada masyarakat supaya sama-sama menjaga kesejahteraan kawasan perumahan kita.
Peringatan diberikan agar kita sama-sama bertangungjawab menjaga kebersihan
kawasan perumahan kita
Tuesday, April 4, 2017
MESYUARAT PENGURUSAN PERSATUAN JMB MC HULU LANGAT
Mesyuarat Pengurusan Persatuan JMB MC Hulu Langat Bil.3/2017 pada 2 April 2017 di Apartment Kajang Impian. Membincangkan pelbagai isu yang berbangkit dari pengurusan JMB masing-masing. Serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan demi melancarkan lagi perjalanan pengurusan JMB di kawasan Hulu Langat.
Wakil dari JMB sekitar Hulu Langat
Wednesday, March 29, 2017
MESYUARAT KHAS
MESYUARAT KHAS
Tarikh : 29 March 2017 (rabu)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri Saujana Kajang
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri Saujana Kajang
Agenda Mesyuarat
1. Aluan Pengerusi
2. Membincangkan hal berkaitan u mobile dengan wakil dari u mobile
3.wakil berkenaan akan menerangkan tentang pemasangan antena u mobile
1. Aluan Pengerusi
2. Membincangkan hal berkaitan u mobile dengan wakil dari u mobile
3.wakil berkenaan akan menerangkan tentang pemasangan antena u mobile
Monday, March 27, 2017
POKOK TUMBANG
Pokok di luar kawasan Flet Sri Saujana Kajang telah tumbang di dalam kawasan flet. Aduan telah dibuat dan pihak berwajib perlu segera mengatasi masalah ini supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk.
Tiada kerugian dialami namun masih banyak lagi pokok yang berada di luar kawasan Flet Sri Saujana Kajang
Monday, March 20, 2017
PROSES MEMBUAT SALIRAN DI KAWASAN PARKIR MOTOSIKAL
Kawasan parkir motosikal Flet Sri Saujana kerap mengalami masalah takungan air jika berlaku hujan lebat. Ini mendatangkan masalah kepada penduduk terutamanya penunggang motosikal. Oleh itu pihak pengurusan Flet Sri Saujana Kajang telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan melakukan proses membuat saliran di lantai parkir motosikal. Laluan ini dibuat bagi mengalirkan air yang sentiasa bertakung jika berlaku hujan lebat. Pihak pengurusan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keselesaan penduduk Flet Sri Saujana Kajang.
Membuat laluan air dengan memotong lantai
Thursday, March 16, 2017
GOTONG ROYONG FLET SRI SAUJANA KAJANG
Ahad lepas, penduduk Flet Sri Saujana Kajang telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran flet. Aktiviti ini mendapat sokongan dari penduduk selain dapat membersihkan kawasan persekitaran, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran. Selain itu, dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat menyihatkan badan. Semoga aktiviti yang baik ini dapat diteruskan.
Penduduk bekerjasama membersihkan kawasan longkang supaya tidak tersumbat
Tuesday, February 28, 2017
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG
Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Laporan pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/pembekal/syarikat
6. Hal-hal lain
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Laporan pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/pembekal/syarikat
6. Hal-hal lain
*Semua pemilik dan penduduk boleh menghantar cadangan , aduan dan maklumbalas melalui SMS ke 01120785001
Monday, February 27, 2017
KERJA-KERJA MENYEDUT KUMBAHAN
Demi menjamin pengaliran saliran kumbahan flet Sri Saujana berjalan dengan lancar, pihak pengurusan flet Sri Saujana Kajang telah melantik syarikat untuk membersihkan laluan saliran yang mengalirkan sisa kumbahan. Proses tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan dari sisa tersebut melimpah keluar sehingga ke kaki lima laluan penduduk. Jika tidak dibendung akan berlaku masalah pencemaran bau yang mengganggu urusan seharian penduduk.
Sisa kumbahan tersumbat perlu disedut keluar
Sunday, February 12, 2017
KAD PEDULI SIHAT SELANGOR
Berita gembira!
*KAD PEDULI SIHAT SELANGOR*
Warga Selangor khususnya dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.
*KAD PEDULI SIHAT SELANGOR*
Warga Selangor khususnya dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.
Monday, February 6, 2017
HEBAHAN MESYUARAT PENGURUSAN JMB SRI SAUJANA KAJANG BIL.1 / 2017
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.1/2017 JMB SRI
SAUJANA KAJANG
Tarikh : 7 Februari 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri Saujana Kajang
Agenda :
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat bil.10/2016
3. Maklumbalas minit mesyuarat bil.10/2016
4. Laporan pengurusan perkhidmatan dan kewangan
5. Semakan semula SOP
6. Pembentangan cadangan/pembekal/syarikat
7. Hal-hal lain
*Semua pemilik dan penduduk boleh menghantar cadangan , aduan dan maklumbalas melalui SMS ke 01120785001
Wednesday, January 25, 2017
MESYUARAT JMB MC HULU LANGAT BIL. 1/2017
Mesyuarat Persatuan JMB MC Hulu Langat Bil. 1/2017
Tempat : Dewan Sri Saujana Kajang
Tarikh : 25 Januari 2017
Masa : 8.30 malam
JMB Sri Saujana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat JMB MC Hulu Langat Bil. 1/2017
PENAMBAHBAIKAN PEJABAT URUSAN JMB SRI SAUJANA
Penambahbaikan pejabat urusan JMB Sri Saujana Kajang dilakukan untuk memberi suasana pejabat lebih ceria, kemas, teratur dan selesa kepada kakitangan serta penduduk yang berurusan dengan pengurusan JMB Sri Saujana.
Keadaan Sebelum
Sunday, January 22, 2017
PEMBAKARAN SARANG TEBUAN
Setelah mendapat aduan, sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang telah ke Flet Sri Saujana Kajang untuk melakukan proses pembakaran sarang tebuan. Proses ini dilakukan adalah untuk menghalau haiwan tersebut dari menjadikan pokok di kawasan Flet Sri Saujana sebagai tempat tinggal. Kehadiran haiwan ini mengundang rasa kurang selesa penduduk setempat terutamanya kanak-kanak. Perkara buruk seperti serangan tebuan boleh berlaku sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera.
Pihak bomba melakukan persediaan sebelum proses pemusnahan sarang tebuan
Saturday, January 21, 2017
MASALAH BINATANG LIAR
JMB Sri Saujana Kajang mendapat aduan dari penduduk terdapat anjing liar berkeliaran sekitar perumahan Flet Sri Saujana Kajang. Berikutan daripada masalah ini, keselamatan penduduk di flet terutamanya kanak-kanak akan terjejas. Dikhuatiri ada penduduk dikejar oleh anjing liar tersebut dan lebih malang digigit oleh haiwan berkenaan. Selain itu, najis anjing liar yang bersepah menjejaskan lagi persekitaran kawasan flet. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Flet Sri Saujana Kajang telah membuat aduan kepada Majlis Pembandaran Kajang bagi menyelesaikan masalah tersebut supaya kesejahteraan penduduk Flet Sri Saujana terjamin.
Kelibat anjing liar menggangu keselamatan penduduk
Thursday, January 19, 2017
PEMILIK YANG TIDAK MEMBAYAR CAJ PENYELENGARAAN
TV3 melaporkan seramai 246 pemilik Pangsapuri Sri Nipah berdepan tindakan tribunal perumahan atas pendakwaan terhadap pemilik yang tidak membuat bayaran caj penyelenggaraan. Pengurusan Sri Saujana Kajang sangat menitik beratkan soal bayaran caj penyelenggaraan setiap penghuni supaya segala urusan pengurusan flet berjalan dengan lancar.
Tuesday, January 17, 2017
MASALAH POKOK TELAH MELEBIHI SEMPADAN KAWASAN FLET SRI SAUJANA
Sedia maklum bahawa kawasan Flet Sri Saujana Kajang adalah bersebelahan dengan tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Masalah yang timbul adalah pokok yang tumbuh dikawasan tanah (KPM) tersebut telah tumbuh melepasi kawasan Flet Sri Saujana Kajang. Kemungkinan perkara yang buruk boleh berlaku jika perkara ini tidak ditangani seperti dahan yang patah boleh menghempap kereta penduduk ataupun lebih buruk lagi terhempap penduduk atau pelawat yang melalui kawasan tersebut. Pihak JMB Sri Saujana Kajang berusaha berbincang dengan pihak KPM untuk menyelesaikan perkara ini demi memastikan keselamatan penduduk dan harta benda terjaga.
Pokok tumbuh melebihi kawasan sempadan
Sunday, January 15, 2017
PEMBELIAN PERALATAN ICT BARU
Demi memastikan segala pengurusan pejabat dapat diuruskan dengan baik, pihak pengurusan JMB Sri Saujana Kajang telah membeli set komputer baru bagi menggantikan set komputer yang lama. Dengan bebanan tugas semakin bertambah, sistem komputer kerap kali mengalami masalah secara tidak langsung akan menyukarkan tugas pengurusan di pejabat JMB Sri Saujana. Oleh itu, penggantian set komputer adalah perlu demi memastikan urusan pejabat seperti urusan kewangan dapat diuruskan dengan baik.
Set komputer baru.
MESYUARAT PERSATUAN JMB-MC HULU LANGAT
Wakil JMB Sri Saujana Kajang telah menghadiri mesyuarat Persatuan MB-MC Hulu Langat yang berlangsung di Pangsapuri Cemara, Kajang Impian. Mesyuarat ini membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit dalam sesebuah pengurusan dalam mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki. Segala masalah dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Sementara itu, Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang iaitu En. Rozman Mat Hazin telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JMB Hulu Langat. Diharap dengan lantikan tersebut secara tidak langsung dapat memajukan lagi JMB didaerah Hulu Langat ini.
Ucapan dari wakil JMB Hulu Langat
Subscribe to:
Posts (Atom)