Thursday, March 16, 2017

GOTONG ROYONG FLET SRI SAUJANA KAJANG

Ahad lepas, penduduk Flet Sri Saujana Kajang telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran flet. Aktiviti ini mendapat sokongan dari penduduk selain dapat membersihkan kawasan persekitaran, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran. Selain itu, dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat menyihatkan badan. Semoga aktiviti yang baik ini dapat diteruskan.

Penduduk bekerjasama membersihkan kawasan longkang supaya tidak tersumbat


Daun-daun kering dikumpulkan

Kaum wanita juga turut bersama-sama bergotong-royong

Proses menebang pokok



Menebang pokok yang besar


No comments:

Post a Comment