Monday, February 27, 2017

KERJA-KERJA MENYEDUT KUMBAHAN

Demi menjamin pengaliran saliran kumbahan flet Sri Saujana berjalan dengan lancar, pihak pengurusan flet Sri Saujana Kajang telah melantik syarikat untuk membersihkan laluan saliran yang mengalirkan sisa kumbahan. Proses tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan dari sisa tersebut melimpah keluar sehingga ke kaki lima laluan penduduk. Jika tidak dibendung akan berlaku masalah pencemaran bau yang mengganggu urusan seharian penduduk.

 Sisa kumbahan tersumbat perlu disedut keluar


 Proses menyedut sisa kumbahan

Pekerja pembersihan melakukan penyedutan sisa kumbahan

Proses ini dilakukan berulang kali bagi memastikan saliran tersebut betul bebas dari sumbat

Saliran ini jika tidak diselenggara dengan baik akan berlaku limpahan yang menyebabkan sisa tersebut keluar dari lubang secara tidak langsung mengganggu keselesaan penduduk

Proses pembersihan sisa kumbahan selesai

No comments:

Post a Comment