Sunday, August 6, 2017

ISU POKOK MELEBIHI SEMPADAN : LAPOR KE MEDIA

Setelah sekian lama isu pokok besar dalam tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersebelahan Flat Sri Saujana seperti tiada kesudahan, pihak JMB Sri Saujana Kajang telah melakukan inisiatif dengan memohon bantuan pihak media untuk membangkitkan isu ini. Kehadiran wartawan Harian Metro iaitu Encik Shayaumil sudi membantu pihak JMB Sri Saujana untuk memasukkan isu ini terus ke akhbar Harian Metro. Dengan cara ini, diharap dapat membuka mata pihak berwajib supaya menyelesaikan perkara ini dengan segera supaya keselamatan penduduk terjamin. Isu ini pernah disiarkan melalui blog ini pada 17 Januari 2017

https://srisaujanakajang.blogspot.my/2017/01/masalah-pokok-telah-melebihi-sempadan.html#more


Wartawan Harian Metro En. Shayaumil (kiri) bersama Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang En. Rozman (Tengah) serta Bendahari JMB Sri Saujana Kajang En. Eddy


En. Shayaumil diberi penerangan oleh AJK JMB Sri Saujana berkenaan masalah yang berlaku

No comments:

Post a Comment