PERKHIDMATAN

Visi & Misi
Mewujudkan kawasan kediaman yang harmoni, selamat dan ceria

Piagam Pelanggan
(Kelulusan dalam Mesyuarat Agong Tahunan pada 30 September 2012)
1.Serahan resit rasmi bayaran melalui akaun bank JMB RPSS dalam tempoh 7 hari melalui email. Manakala secara tunai dalam kadar serta merta.
2.Permasalahan kumbahan dikawasan harta bersama akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari bermula tarikh hasil aduan penduduk atau dapatan pemantauan secara rasmi.
3.Penghantaran Inbois dan Penyata Individu dengan kekerapan 2 kali setahun iaitu pada Februari & Ogos @sebelum mesyuarat agong tahunan.
4.Kajian kepuasan pelanggan dibuat sekali setahun
5.Mesyuarat Agong Tahunan akan dilaksanakan sekali pada setiap tahun semasa.
6. Memberi maklumbalas pertanyaan caj bayaran dalam tempoh 1 hari pada hari bekerja melalui sms.
7.Menyediakan Laporan Kewangan Beraudit pada setiap tahun semasa.
8.Membuat bayaran bil-bil elektrik /air dikawasan harta bersama dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan bil tersebut.
9.Membuat aduan kepada TNB dalam tempoh 24 jam bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik dikawasan harta bersama.

Petunjuk Prestasi Utama
(Kelulusan dalam Mesyuarat Agong Tahunan pada 30 September 2012)

1.Peningkatan kutipan bayaran caj penyelenggaraan.
2.Pengekalan pematuhan peraturan kewangan didalam laporan audit.
3.Pengurangan permasalahan pembuangan sampah sarap dikoridor bangunan.
4.Peningkatan kehadiran pemilik rumah dalam Mesyuarat Agong Tahunan.
5.Peningkatan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan.
6.Pengekalan bekalan fungsi lampu jalan dan koridor.
7.Peningkatan nilai harga rumah.
8.Pengurangan masalah kes kecurian.


No comments:

Post a Comment