Sunday, January 22, 2017

PEMBAKARAN SARANG TEBUAN

Setelah mendapat aduan, sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang telah ke Flet Sri Saujana Kajang untuk melakukan proses pembakaran sarang tebuan. Proses ini dilakukan adalah untuk menghalau haiwan tersebut dari menjadikan pokok di kawasan Flet Sri Saujana sebagai tempat tinggal. Kehadiran haiwan ini mengundang rasa kurang selesa penduduk setempat terutamanya kanak-kanak. Perkara buruk seperti serangan tebuan boleh berlaku sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera.

Pihak bomba melakukan persediaan sebelum proses pemusnahan sarang tebuan

Sarang tebuan dibakar bagi memastikan tiada lagi tebuan menjadikan tempat itu sebagai sarang

No comments:

Post a Comment