Menghiasi kawasan Flat Sri Saujana Kajang dengan bendera Malaysia
Monday, August 28, 2017
MENYEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Kawasan sekitar Flat Sri Saujana telah dihiasi dengan bendera Malaysia demi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Negaraku Sehati Sejiwa.
Thursday, August 10, 2017
ISU-ISU SEMASA PENDUDUK FLAT
Isu-isu berbangkit penduduk flat di sekitar kita . Utusan Malaysia, Selasa, 8 Ogos 2017
Berita-berita terkini dari flat sekitar kawasan kita
Monday, August 7, 2017
LANTIKAN BAHARU KAKITANGAN JMB SRI SAUJANA
Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada kakitangan baharu JMB Sri Saujana Kajang iaitu Puan Nor Dayana yang telah melaporkan diri di pejabat pada jam 9 pagi hari ini. Semoga dengan lantikan ini dapat melicinkan lagi perjalanan pengurusan JMB Sri Saujana serta memastikan segala urusan berkenaan Flat Sri Saujana berjalan lancar.
Punch card pertama
Sunday, August 6, 2017
ISU POKOK MELEBIHI SEMPADAN : LAPOR KE MEDIA
Setelah sekian lama isu pokok besar dalam tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersebelahan Flat Sri Saujana seperti tiada kesudahan, pihak JMB Sri Saujana Kajang telah melakukan inisiatif dengan memohon bantuan pihak media untuk membangkitkan isu ini. Kehadiran wartawan Harian Metro iaitu Encik Shayaumil sudi membantu pihak JMB Sri Saujana untuk memasukkan isu ini terus ke akhbar Harian Metro. Dengan cara ini, diharap dapat membuka mata pihak berwajib supaya menyelesaikan perkara ini dengan segera supaya keselamatan penduduk terjamin. Isu ini pernah disiarkan melalui blog ini pada 17 Januari 2017
https://srisaujanakajang.blogspot.my/2017/01/masalah-pokok-telah-melebihi-sempadan.html#more
https://srisaujanakajang.blogspot.my/2017/01/masalah-pokok-telah-melebihi-sempadan.html#more
Wartawan Harian Metro En. Shayaumil (kiri) bersama Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang En. Rozman (Tengah) serta Bendahari JMB Sri Saujana Kajang En. Eddy
Thursday, August 3, 2017
MENEBANG POKOK
Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja menebang pokok di halaman Flat Sri Saujana demi memastikan kawasan persekitaran flat bersih, ceria dan selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)