Wednesday, January 25, 2017

MESYUARAT JMB MC HULU LANGAT BIL. 1/2017

Mesyuarat Persatuan JMB MC Hulu Langat Bil. 1/2017
Tempat : Dewan Sri Saujana Kajang
Tarikh : 25 Januari 2017
Masa : 8.30 malam

JMB Sri Saujana menjadi tuan rumah kepada mesyuarat JMB MC Hulu Langat Bil. 1/2017

PENAMBAHBAIKAN PEJABAT URUSAN JMB SRI SAUJANA

Penambahbaikan pejabat urusan JMB Sri Saujana Kajang dilakukan untuk memberi suasana pejabat lebih ceria, kemas, teratur dan selesa kepada kakitangan serta penduduk yang berurusan dengan pengurusan JMB Sri Saujana.

 Keadaan Sebelum

Sunday, January 22, 2017

PEMBAKARAN SARANG TEBUAN

Setelah mendapat aduan, sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang telah ke Flet Sri Saujana Kajang untuk melakukan proses pembakaran sarang tebuan. Proses ini dilakukan adalah untuk menghalau haiwan tersebut dari menjadikan pokok di kawasan Flet Sri Saujana sebagai tempat tinggal. Kehadiran haiwan ini mengundang rasa kurang selesa penduduk setempat terutamanya kanak-kanak. Perkara buruk seperti serangan tebuan boleh berlaku sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera.

Pihak bomba melakukan persediaan sebelum proses pemusnahan sarang tebuan

Saturday, January 21, 2017

MASALAH BINATANG LIAR

JMB Sri Saujana Kajang mendapat aduan dari penduduk terdapat anjing liar berkeliaran sekitar perumahan Flet Sri Saujana Kajang. Berikutan daripada masalah ini, keselamatan penduduk di flet terutamanya kanak-kanak akan terjejas. Dikhuatiri ada penduduk dikejar oleh anjing liar tersebut dan lebih malang digigit oleh haiwan berkenaan. Selain itu, najis anjing liar yang bersepah menjejaskan lagi persekitaran kawasan flet. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Flet Sri Saujana Kajang telah membuat aduan kepada Majlis Pembandaran Kajang bagi menyelesaikan masalah tersebut supaya kesejahteraan penduduk Flet Sri Saujana terjamin.

Kelibat anjing liar menggangu keselamatan penduduk

Thursday, January 19, 2017

PEMILIK YANG TIDAK MEMBAYAR CAJ PENYELENGARAAN

TV3 melaporkan seramai 246 pemilik Pangsapuri Sri Nipah berdepan tindakan tribunal perumahan atas pendakwaan terhadap pemilik yang tidak membuat bayaran caj penyelenggaraan. Pengurusan Sri Saujana Kajang sangat menitik beratkan soal bayaran caj penyelenggaraan setiap penghuni supaya segala urusan pengurusan flet berjalan dengan lancar.

Tuesday, January 17, 2017

MASALAH POKOK TELAH MELEBIHI SEMPADAN KAWASAN FLET SRI SAUJANA

Sedia maklum bahawa kawasan Flet Sri Saujana Kajang adalah bersebelahan dengan tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Masalah yang timbul adalah pokok yang tumbuh dikawasan tanah (KPM) tersebut telah tumbuh melepasi kawasan Flet Sri Saujana Kajang. Kemungkinan perkara yang buruk boleh berlaku jika perkara ini tidak ditangani seperti dahan yang patah boleh menghempap kereta penduduk ataupun lebih buruk lagi terhempap penduduk atau pelawat yang melalui kawasan tersebut. Pihak JMB Sri Saujana Kajang berusaha berbincang dengan pihak KPM untuk menyelesaikan perkara ini demi memastikan keselamatan penduduk dan harta benda terjaga.

Pokok tumbuh melebihi kawasan sempadan 


Sunday, January 15, 2017

PEMBELIAN PERALATAN ICT BARU

Demi memastikan segala pengurusan pejabat dapat diuruskan dengan baik, pihak pengurusan JMB Sri Saujana Kajang telah membeli set komputer baru bagi menggantikan set komputer yang lama. Dengan bebanan tugas semakin bertambah, sistem komputer kerap kali mengalami masalah secara tidak langsung akan menyukarkan tugas pengurusan di pejabat JMB Sri Saujana. Oleh itu, penggantian set komputer adalah perlu demi memastikan urusan pejabat seperti urusan kewangan dapat diuruskan dengan baik.

Set komputer baru.

MESYUARAT PERSATUAN JMB-MC HULU LANGAT

Wakil JMB Sri Saujana Kajang telah menghadiri mesyuarat Persatuan MB-MC Hulu Langat yang berlangsung di Pangsapuri Cemara, Kajang Impian. Mesyuarat ini membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit dalam sesebuah pengurusan dalam mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki. Segala masalah dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Sementara itu, Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang iaitu En. Rozman Mat Hazin telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JMB Hulu Langat. Diharap dengan lantikan tersebut secara tidak langsung dapat memajukan lagi JMB didaerah Hulu Langat ini.

Ucapan dari wakil JMB Hulu Langat