Saturday, March 1, 2014

Himpunan JMB dan Anugerah K-Star 2014

Bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor dan dirasmikan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Beliau telah mengumumkan beberapa perkara berita gembira untuk pemilik bangunan bertingkat;
 
Pertama: Hak milik strata akan dipermudahkan prosedurnya.
Kedua: Tindakan menyerahkan 200 notis kepada pemilik yang engkar menjelaskan caj penyenggaraan.
Ketiga: Bagi apartment/rumah pangsa yang mempunyai lebih dari 100 unit, kerajaan negeri akan menempatkan 4 pegawai atau petugas, iaitu plumber, electrician, chargeman dan pegawai kebajikan.
 
Makluman dan Untuk Tindakan JMB RPSS
1. Pemeriksaan keselamatan bangunan perlu dibuat oleh pihak BOMBA bagi mendapatkan Sijil Penghapus Bahaya Keselamatan.
2.   Rekod Perakuanan perlu disimpan sehingga 7 tahun.
3.  Setiap kutipan perlu dimasukkan kedalam akaun bank JMB RPSS dan dikeluarkan semula untuk kegunaan tunai dalam tempoh 2 hari.
4.Antara inisiatif yang baik ialah memasang pembesar suara dan siren keselamatan dibangunan untuk memaklumkan sebarang aktiviti dan kecemasan.
5. JMB RPSS perlu mendapatkan instrumen Anugerah K-STAR dan Ceria kerana setakat ini tiada maklumat yang diberikan oleh MPKj.
 
 
 

No comments:

Post a Comment