Monday, March 31, 2014

Laluan Kumbahan Najis Tersumbat Kali Ketiga

Ini merupakan tersumbat kali ketiga ditempat yang sama. Dipohon kerjasama penduduk tidak membuang barang-barang yang boleh laluan kumbahan tersumbat seperti tuala wanita, kain-kain dan sebagainya.

Saturday, March 1, 2014

Himpunan JMB dan Anugerah K-Star 2014

Bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor dan dirasmikan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Beliau telah mengumumkan beberapa perkara berita gembira untuk pemilik bangunan bertingkat;
 
Pertama: Hak milik strata akan dipermudahkan prosedurnya.
Kedua: Tindakan menyerahkan 200 notis kepada pemilik yang engkar menjelaskan caj penyenggaraan.
Ketiga: Bagi apartment/rumah pangsa yang mempunyai lebih dari 100 unit, kerajaan negeri akan menempatkan 4 pegawai atau petugas, iaitu plumber, electrician, chargeman dan pegawai kebajikan.
 
Makluman dan Untuk Tindakan JMB RPSS
1. Pemeriksaan keselamatan bangunan perlu dibuat oleh pihak BOMBA bagi mendapatkan Sijil Penghapus Bahaya Keselamatan.
2.   Rekod Perakuanan perlu disimpan sehingga 7 tahun.
3.  Setiap kutipan perlu dimasukkan kedalam akaun bank JMB RPSS dan dikeluarkan semula untuk kegunaan tunai dalam tempoh 2 hari.
4.Antara inisiatif yang baik ialah memasang pembesar suara dan siren keselamatan dibangunan untuk memaklumkan sebarang aktiviti dan kecemasan.
5. JMB RPSS perlu mendapatkan instrumen Anugerah K-STAR dan Ceria kerana setakat ini tiada maklumat yang diberikan oleh MPKj.
 
 
 

Kacau Ganggu Motorsikal

Laporan polis telah dibuat dan ditampalkan. JMB RPSS bagi tempoh sehingga 5 Mac 2014 kepada pemilik untuk mengalihkannya. Kegagalan berbuat demikian motorsikal berkenaan akan dibuang.