Sunday, April 22, 2018

MESYUARAT BULANAN AJK JMB SRI SAUJANA

Setiap bulan pihak pengurusan JMB Sri Saujana Kajang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan pejabat, penyelenggaraan flat dan lain-lain isu yang berbangkit. Disamping itu mesyuarat juga membincangkan berkenaan persiapan untuk Mesyuarat Agung Tahunan JMB Sri Saujana Kajang yang berlangsung tidak lama lagi.


Pengerusi JMB Sri Saujana En.Rozman(Kanan) bersama En. Eddy (Bendahari)

Turut hadir AJK yang lain.

Sunday, April 1, 2018

MAJLIS PENYERAHAN CEK GERAN KECIL ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2018

Majlis Penyerahan Cek Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2018. Setiausaha JMB Sri Saujana Pn. Latipah binti Che Pah menjadi wakil menerima cek tersebut. Peruntukan tersebut digunakan untuk menghijaukan kawasan Flat Sri Saujana dengan tumbuhan hijau demi menceriakan lagi suasana persekitaran flat.


Pn. Latipah Setiausaha JMB Sri Saujana menjadi wakil ke majlis tersebut.