Tuesday, August 28, 2018

SAYANGI MALAYSIAKU

Antara pemandangan yang dapat dilihat di sekitar kawasan Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Saujana sempena menyambut bulan kemerdekaan 2018 dengan tema Sayangi Malaysiaku.
















Sunday, July 22, 2018

PEMBERSIHAN TANGGA DAN KORIDOR FLAT SRI SAUJANA


22 Jun 2018, 9.00 Pagi

Petugas- petugas JMB Sri Saujana menjalankan kerja-kerja pembersihan mencuci tangga dan koridor flat dari aras 5 hingga aras 1.






 "KEDIAMAN BERSIH, JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Monday, July 2, 2018

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH



Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
Encik Hassan atas khidmat yang diberikan selama bertugas sebagai Pekerja Am di JMB Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Saujana, Taman Prima Saujana. Encik Hassan telah menamatkan tugas sebagai Pekerja Am pada 30 Jun 2018.

"KEDIAMAN BERSIH, JIRAN MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Wednesday, May 30, 2018

PEJABAT JMB SRI SAUJANA KAJANG SELEPAS MENDAPAT CEK GERAN ALAM SEKITAR

Pemandangan terbaru pejabat JMB Sri Saujana Kajang selepas mendapat cek geran alam sekitar dari Kerajaan Negeri Selangor

 Pemandangan terkini pejabat JMB Sri Saujana Kajang

PEJABAT JMB SRI SAUJANA SEBELUM MENDAPAT CEK GERAN KECIL ALAM SEKITAR

Ini adalah pemandangan persekitaran pejabat JMB Sri Saujana Kajang sebelum mendapat cek geran kecil alam sekitar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Kawasan pejabat Sri Saujana Kajang

Sunday, May 20, 2018

TERIMA KASIH ENCIK ROZMAN

Pihak JMB Sri Saujana Kajang menerusi Pengerusi baharu iaitu Puan Latipah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan, buah fikiran, khidmat bakti mantan Pengerusi JMB Sri Saujana Encik Rozman bin Mat Hazin atas usaha beliau selama ini bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan JMB Sri Saujana serta meningkatkan lagi urusan penyelenggaraan flat Sri Saujana amat. Semoga pihak JMB Sri Saujana dan Encik Rozman dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang.   

Monday, May 14, 2018

AJK BAHARU JMB SRI SAUJANA KAJANG 2018/2019


Dengan hormatnya ingin diberitahu setelah bermesyuarat semalam dengan ahli ahli yang dipilih semasa AGM Ahad lalu....dimaklumkan dengan persetujuan bersama dilantik penghuni/ pemilik flat ini dalam lembaga anggota JMB SS sessi 2018/2019 adalah seperti berikut :
1) PENGERUSI - Puan Latipah ( Kak Pah ) bt Che Pa A-2-09
2) SETIAUSAHA - Encik Norakhmar bin Jamaluddin -A-3-17
3) BENDAHARI - Encik Sahidioni ( Eddie ) bin Masran -A-3-14
4) AJK - Encik Yazid - A-2-36

Diharapkan bersama kita semua membina keharmonian, keceriaan, kedamaian, keselamatan dan kebersihan kediaman kita disamping mengeratkan lagi kemesraan kekeluargaan silatulrahim diantara kita semua. Terima kasih semua yang telah mengundi untuk mengurus pentadbiran JMBSS.

Tuesday, May 1, 2018

MESYUARAT AGUNG JMB SRI SAUJANA KAJANG


Semua pemilik dan penduduk dijemput hadir

Sunday, April 22, 2018

MESYUARAT BULANAN AJK JMB SRI SAUJANA

Setiap bulan pihak pengurusan JMB Sri Saujana Kajang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pengurusan pejabat, penyelenggaraan flat dan lain-lain isu yang berbangkit. Disamping itu mesyuarat juga membincangkan berkenaan persiapan untuk Mesyuarat Agung Tahunan JMB Sri Saujana Kajang yang berlangsung tidak lama lagi.


Pengerusi JMB Sri Saujana En.Rozman(Kanan) bersama En. Eddy (Bendahari)

Turut hadir AJK yang lain.

Sunday, April 1, 2018

MAJLIS PENYERAHAN CEK GERAN KECIL ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2018

Majlis Penyerahan Cek Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2018. Setiausaha JMB Sri Saujana Pn. Latipah binti Che Pah menjadi wakil menerima cek tersebut. Peruntukan tersebut digunakan untuk menghijaukan kawasan Flat Sri Saujana dengan tumbuhan hijau demi menceriakan lagi suasana persekitaran flat.


Pn. Latipah Setiausaha JMB Sri Saujana menjadi wakil ke majlis tersebut.

Sunday, March 18, 2018

PEKERJA SAMBILAN JMB SRI SAUJANA

JMB Sri Saujana Kajang telah melantik En. Anuar sebagai kerani sambilan JMB Sri Saujana Kajang kerana kerani tetap iaitu Pn. Dayana telah cuti bersalin. Oleh itu, En. Anuar akan mengambil alih sementara tugas-tugas pejabat.

Tugas pejabat untuk sementara ini akan diuruskan oleh En. Anuar

PROGRAM GERAN KECIL DAN ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU TAHUN 2018

Permohonan JMB Sri Saujana berkaitan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tahun 2018 telah diluluskan. Satu taklimat telah diadakan di Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam dan JMB Sri Saujana Kajang telah diwakili oleh Setiausaha JMB Sri Saujana iaitu Puan Latipah binti Che Pah.

Geran digunakan untuk menceriakan lagi kawasan JMB Sri Saujana Kajang dengan tanaman hijau seperti pokok bunga dan lain-lain.

Tuesday, February 27, 2018

PEMASANGAN CCTV SELESAI

Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah meningkatkan lagi langkah keselamatan apabila memperbanyakkan lagi CCTV di kawasan-kawasan yang berisiko berlaku perkara yang tidak dingini.
Dengan adanya banyak CCTV pihak JMB boleh membantu pihak berkuasa jika berlaku perkara yang buruk. Selain itu, kita boleh memantau jika ada pihak yang melakukan aktiviti vandalisme yang sengaja merosakkan harta awam.


PEMASANGAN BESI PENGIKAT BUNTING

Pemasangan besi frame untuk menggantung bunting. Memudahkan urusan jika akan datang ingin menggantung bunting lain seperti Mesyuarat Agung, program kemasyarakatan dan lain-lain.


Thursday, February 8, 2018

PEMASANGAN CCTV

Demi memastikan kawasan Flat Sri Saujana sentiasa dalam pegawasan 24jam, pihak JMB Sri Saujana telah memasang beberapa lagi buah CCTV di beberapa kawasan penting. Jika sebelum ini sudah 4 CCTV telah dipasang, pihak JMB Sri Saujana telah menambah lagi 8 CCTV dengan semuanya menjadikan 12 CCTV berada di seluruh kawasan Flat Sri Saujana. Dengan adanya CCTV secara tidak langsung dapat membantu pihak JMB Sri Saujana serta pihak berkuasa jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kecurian dan lain-lain.

Pekerja memasang CCTV

Tuesday, February 6, 2018

KALENDER FLAT SRI SAUJANA KAJANG

Usaha JMB Sri Saujana Kajang untuk memberi peringatan kepada pemilik yang masih tegar dari melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kalender akan diserahkan kepada semua 200 unit rumah Flat Sri Saujana Kajang. Kepada yang istiqomah membayar diucapkan terima kasih kerana sama-sama membantu dalam melancarkan lagi pengurusan Flat Sri Saujana Kajang.


Pesanan ikhlas dari JMB Sri Saujana

Monday, February 5, 2018

PEMBERSIHAN SISTEM KUMBAHAN

Pembersihan sistem kumbahan Flat Sri Saujana dilakukan setelah didapati tersumbat. Air dari sistem kumbahan tersebut telah mengalir keluar sehingga mengganggu aktiviti seharian warga Flat Sri Saujana. Tindakan pantas pekerja JMB Sri Saujana telah berjaya mengatasi masalah tersebut.

 Saluran najis tersumbat

Sunday, February 4, 2018

PEMASANGAN BANNER "JOM BAYAR TUNGGAKAN"

Masih ada lagi segelintir pemilik kediaman Flat Sri Saujana Kajang yang tidak menjelaskan bayaran penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh itu JMB Sri Saujana Kajang telah memasang banner "JOM BAYAR TUNGGAKAN" bertujuan untuk memberi peringatan kepada pemilik yang masih lagi belum menjelaskan bayaran penyelenggaraan. Caj penyelenggaraan penting bagi memastikan urusan penyelenggaraan Flat Sri Saujana Kajang berjalan dengan lancar. Banner digantungkan di tempat strategik iaitu dikawasan laluan penduduk.


 JOM BAYAR TUNGGAKAN

Monday, January 15, 2018

PERBINCANGAN PEMASANGAN CCTV

AJK JMB Sri Saujana Kajang turun bersama-sama membincangkan kawasan yang perlu diletakkan CCTV. Ini adalah untuk terus memastikan kawasan JMB Sri Saujana Kajang terus dalam keadaan selamat dan sejahtera.


 Pengerusi JMB Sri Saujana En. Rozman menunjukkan kawasan yang perlu diletakkan lagi CCTV.

Wednesday, January 10, 2018

PROSES KEBERSIHAN KAWASAN TAMAN

Kerja-kerja pembersihan terus dijalankan supaya kawasan persekitaran Flat Sri Saujana Kajang terus ceria dan bersih.