Saturday, December 30, 2017

MESYUARAT BULANAN PENGURUSAN JMB SRI SAUJANA KAJANG

Mesyuarat bulanan Pengurusan JMB Sri Saujana Kajang berlangsung pada 31 Disember 2017 (Ahad) di Pejabat Pentadbiran JMB-RPKR Sri Saujana. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi JMB Sri Saujana iaitu En.Rozman dan dihadiri oleh Puan Latipah, En. Eddy, En. Akmar dan En.Hassan. Agenda mesyuarat membincangkan tentang pengurusan sepanjang 2017 serta perancangan untuk tahun 2018.

 En.Rozman (tengah) mempengerusikan mesyuarat.

Tuesday, December 26, 2017

WAKIL JMB SRI SAUJANA KE PERTANDINGAN BOLING JMB MC KAJANG

Pentadbiran JMB Kajang akan mengadakan Team Building JMB MC Kajang iaitu melibatkan Pertandingan Boling antara JMB MC seluruh Kajang. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada :-

Tarikh: 19 Januari 2018 (Jumaat)
Masa: 7.30 pm - 10.00 pm
(makan mlm disediakan jam 7.30pm)

Tempat: Wangsa Bowl, IOI City Mall Putrajaya
Yuran: PERCUMA
JMB Sri Saujana akan diwakili oleh Pengerusi JMB Sri Saujana iaitu Encik Rozman dan bergandingan dengan Bendahari JMB Sri Saujana iaitu Encik Shahidioni. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama JMB Sri Saujana.

Tuesday, December 19, 2017

PROGRAM FREE MARKET KAJANG 3.0

Program Free Market Kajang 3.0
Tarikh: 17/12/2017 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 11.30 pagi
Tempat: Surau Sri Saujana, Prima Saujana, Kajang
Free Market atau Pasar Percuma menggunakan konsep pasar lambak tetapi transaksi pembelian tidak menggunakan wang. Sebaliknya, pelanggan (penerima) cuma perlu senyum, minta dengan sopan, ambil apa yang perlu (jangan tamak) dan ucap terima kasih.
‘Peniaga’ (penyumbang) akan membuka tapak dan mempamerkan barangan sumbangan sama seperti hendak berniaga. ‘Peniaga’ perlu mengemas tapak dan bawa pulang barangan yang tidak habis.
Antara barangan yang diberikan pakaian, buku, alat-tulis dan banyak lagi