Tuesday, October 31, 2017

PETAK PARKING SUDAH DICAT

Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah mengecat semula line pada tapak parking demi memastikan susunan kenderaan berada dalam keadaan yang teratur dan cantik. Penambahbaikan akan dilaksanakan berperingkat demi memastikan keadaan Flat Sri Saujana akan terus terurus dan terjaga.

 Line parking yang pudar sebelum ini dicat semula

KECERIAAN FLAT SRI SAUJANA KAJANG

En. Hassan menggunakan batang pokok yang ditebang untuk membuat bangku yang akan diletakkan disekitar taman Flat Sri Saujana Kajang. Semoga persekitaran flat kita akan terus ceria.


Dengan bantuan serta kerjasama dari penduduk, kawasan Flat Seri Saujana akan terus ceria dan terjaga

Friday, October 13, 2017

MASALAH POKOK DI TANAH KPM SELESAI

Masalah pokok di tanah KPM berhadapan Flat Sri Saujana yang sebelum ini mendatangkan masalah kepada penduduk kini sudah diselesaikan oleh pihak JMB Sri Saujana. 


Kawasan sudah dibersihkan

Saturday, October 7, 2017

ISU KESELAMATAN PENDUDUK

Pihak JMB Sri Saujana amat peka berkenaan isu keselamatan penduduk. Kakitangan JMB Sri Saujana akan memastikan keadaan Flat Sri Saujana berkeadaan yang baik dan terurus. Penduduk boleh melaporkan ke pihak JMB Sri Saujana jika mengesan berlaku kerosakan di sekitar flat.


HALAMAN KOTA

Pihak JMB berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan penduduk yang mendiami Flat Sri Saujana berada dalam keadaan selamat dan selesa.