Sunday, August 9, 2015

Prosedur Operasi Standard Untuk Aduan Pemilik

Setiap aduan yang diterima oleh pemilik akan diproses, disemak dan diambil tindakan berdasarkan kepada proses-proses kerja seperti berikut;
 
1. Maklumat yang lengkap mengandungi APA yang hendak diadu secara jelas dan spesifik, BAGAIMANA ianya berlaku, BILA berlaku (tarikh dan Masa), SIAPA terlibat, DIMANA ianya berlaku, nyatakan tempat dan sekiranya ada CADANGAN PENYELESAIAN, boleh nyatakan.
 
2. Semua aduan hendaklah dihantar secara bertulis samada melalui emel ke srisaujanakajang@yahoo.com atau borang / buku aduan dipejabat pengurusan.
 
3. Pemilik tidak mempunyai tunggakan yang melebihi 6 bulan.
 
4. Pemilik telah melengkapkan borang maklumat pemilik
 
5. Pemilik telah menyerahkan salinan perjanjian jual beli.
 
6. Maklumbalas aduan akan dijawab dalam tempoh 7 hari setelah diputuskan dalam mesyuarat pengurusan.