Saturday, May 16, 2015

Prosedur Aduan Status Bayaran Unit Promosi Oleh Pemaju

Sebagaimana sedia maklum pemaju dan JMB Rumah Pangsa Sri Saujana (JMB RPSS) adalah dua organisasi yang berbeza. Kedua-dua organisasi ini tertakluk dibawah akta dan undang-undang yang berbeza. Sebarang aktiviti penjualan rumah adalah TIADA KENA MENGENA dengan JMB RPSS.
 
Oleh itu sebarang penjualan rumah promosi oleh pemaju dengan menyatakan kos penyenggaraan adalah ditanggung oleh pemaju adalah tiada kena mengena dengan JMB RPSS. Pemilik bertanggungjawab menghantar aduan kepada pemaju dan agensi kerajaan untuk membuat aduan mengapa pemaju tidak membuat bayaran penyenggaraan kepada JMB RPSS.
 
JMB RPSS mencadangkan kepada pemilik dengan membuat aduan ke;
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan talian panggilan percuma / bebas tol 1800 886 800 / emel e-aduan.kpdnkk.gov.my/aduan
 
Kementerian Perumahan Tempatan; emel pro@kpkt.gov.my & pentadbiran@kpkt.gov.my
 
 
Majlis Perbandaran Kajang: sitirosemawar@mpkj.gov.my