Saturday, January 25, 2014

Akibat Menghalang Kenderaan @ Parkir

http://www.youtube.com/watch?v=lqTdftdKyMc

Akibat menghalang parkir bertindih, sendiri buat sendiri tanggung,.....kereta rosak, hati rosak, macam-macam rosak.

Parking kenderaan anda ditempat yang disediakan.

Saturday, January 18, 2014

Bongkar: Perangkap maut

Bongkar: Perangkap maut

Kuala Lumpur: Kebanyakan flet, rumah pangsa dan pangsapuri kos sederhana di negara ini disifatkan sebagai perangkap maut kerana aspek keselamatan bangunan dan penghuninya terabai.
Kemudahan disediakan juga dalam keadaan daif tanpa penyelenggaraan menyebabkan mutu hidup penghuni bangunan tinggi terjejas.     
Malah hampir semua bangunan itu juga tidak memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) yang mendedahkan penghuninya kepada bahaya kebakaran.
 
Ulasan JMB RPSS: Seruan kepada semua pemilik supaya bersatu dan memberi kerjasama kepada JMB RPSS supaya kediaman kita tidak menjadi perangkap maut.
 
2014/01/19 - 07:03:20 AMOleh Wan Noor Hayati Wan Alias dan Sarah Sulaiman

Tuesday, January 14, 2014

Tong Sampah Baru

 

Terima kasih kepada Pesuruhjaya Bangunan MPKj, kerana telah meluluskan permohonan JMB RPSS untuk mendapatkan 2 tong sampah baharu.

Projek Penutup Paip Syabas

Untuk mengelak kenderaan melanggar yang menyebabkan bekalan air terputus.

Kerja-kerja Pembersihan Sisa Buangan

Sisa buangan penduduk yang tidak bertanggungjawab.
Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.
Akhirnya Alhamdulillah.

Kempen Pembuangan Sampah Di Kebuk Sampah

 
Kempen supaya penduduk membuang sampah dikebuk sampah telah diletakkan di kawasan dan laluan orang ramai. "Pahala Dapat Ceria Tempat".

Membersihkan Kawasan Sekitar Parkir.

 
Membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar parkir.

Meletakkan Pasu Bunga Dikawasan Berbahaya dan Larangan

 
Penduduk diingatkan supaya tidak meletakkan pasu bunga seperti gambar diatas. Ianya amat merbahaya jika terjatuh dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Pengecatan Semula Garisan Parkir

Pengecatan semula kawasan parkir akan dibuat pada Tahun 2014. Kerja-kerja mengecat semula ini dibuka kepada individu yang sudi menjadi sukarelawan atau ingin melaksanakan projek ini. Sebut harga bolehlah dikemukakan kepada pejabat pengurusan sebelum 31 Januari 2014.

Saturday, January 11, 2014

Projek Tutup Lubang Laluan

Akibat kejadian kecurian penutup lubang besi maka JMB RPSS telah mengambil langkah proaktif untuk mengantikannya dengan simen.

Saturday, January 4, 2014

Longkang Tersumbat


Daun-daun, sampah sarap, kain dan pelbagai objek terdapat dilongkang yang menyebabkan tersumbat. Longkang ini merupakan kawasan dibawah penyenggaraan MPKj berada dialamat Jalan Prima Saujana 3/1, Seksyen 3, Taman prima Saujana, Kajang.

Akibat longkang tersumbat air telah melimpah jalan raya dan telah mengakibatkan kerosakan jalanraya. Untuk mengelak daripada kerosakan yang lebih teruk dan membaiki dengan kos yang lebih besar, pihak JMB RPSS bersedia bekerjasama MPKj untuk mengadakan majlis gotong royong. Penduduk boleh membuat aduan terus kepada MPKj sila klik disini http://www.mpkj.gov.my/web/guest/e-aduan 

Rondaan Keselamatan Pihak POLIS

Pihak POLIS telah mengadakan rondaan ke kawasan Sri Saujana pada setiap hari. JMB RPSS telah mencadangkan kepada pihak POLIS untuk mewujudkan PETI POLIS di Sri Saujana.
 
Pihak POLIS juga telah membuat pemeriksaan dan semakan atas talian nombor-nombor motosikal bagi mengesan sekiranya terdapat motorsikal curi dan bermasalah.

Larangan Menampal Iklan & Tindakan Kegagalan Membayar Caj Penyenggaraan

Kempen larangan menampal sebarang notis iklan dikawasan harta bersama demi untuk keceriaan kawasan. Begitu juga ingatan kepada bakal pembeli dan penyewa supaya menyemak tunggakan caj unit berkenaan untuk mengelak sebarang kesulitan.
 
Jika berhasrat nak menampal iklan, sila ke pejabat pengurusan setiap Ahad jam 10.00 pagi - 12.00 tgh.