Sunday, October 31, 2010
Aduan Terhadap MPKj dan MayBank
Hasil pemantauan pada 31 Oktober 2010 tindakan memperbaiki jalan telah dilaksanakan oleh pemaju walaupun dalam keadaan tidak memuaskan. Namun begitu diharapkan penduduk akan memberi laporan dan aduan kepada pihak pengurusan bagi memastikan pemaju membuat yang terbaik. Begitu juga aduan terhadap Maybank berkenaan tidak menerima penyata September 2010 telah mendapat maklumbalas daripada pihak bank.
Sunday, October 24, 2010
Surat Peringatan MPKj
Pihak JMB-RPSS telah mengambil surat peringatan kali ketiga pada 25/10/2010 untuk pemilik rumah yang masih enggan membayar caj penyenggaraan. Diharap kerjasama yang diberikan oleh COB, MPKj akan diteruskan pada masa hadapan.
Penyelarasan Bayaran Oleh Pemaju
Pihak JMB-RPSS merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pemaju kerana sudi membuat bayaran caj penyenggaraan dan menyelesaikan beberapa isu yang tertunggak. Perbincangan pada 23/10/2010 jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh En. Rozman dan En.Jamean selaku wakil JMB-RPSS manakala En.Azman mewakili pihak pemaju.
Tidak Menerima Penyata Akaun MayBank
Pihak pengurusan JMB RPSS merasa kesal akibat kegagalan pihak MayBank menghantar penyata akaun bulan Ogos & September 2010 mengikut jadual. Sehingga sekarang penyata September 2010 masih lagi belum diterima. Pihak JMB telah membuat aduan secara online kepada pihak bank pada 24/10/2010.
Mulai 2011 dan sehingga sekarang tiada lagi masalah ini. Terima kasih MayBank.
Mulai 2011 dan sehingga sekarang tiada lagi masalah ini. Terima kasih MayBank.
Kejadian Kecurian Batu bata
Terdapat segelintir penduduk yang mengambil batu bata milik JMB-RPSS untuk kegunaan peribadi mereka. Kejadian ini berlaku hasil pemantauan pada 24 Oktober 2010. Oleh itu mereka dingatkan sekiranya kejadian berulang pihak JMB tidak teragak-agak akan membuat laporan polis.
Wednesday, October 20, 2010
Majlis Perkahwinan
Semua penduduk dijemput hadir ke majlis perkahwinan Cik Norhaniza binti Hussin pada 24 Oktober 2010 (Ahad). Masa dari jam 11.00 pagi-5.00 petang. Penduduk juga diminta tidak meletakkan kenderaan dikawasan parkir yang telah ditetapkan untuk pemasangan khemah. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)