Sunday, November 21, 2010

Pemantauan 21 November 2010

Bil air yang mencecah RM491.00. Laporan kepada SYABAS telah dibuat jam 11.00 pagi melalui talian 1800885252. SYABAS akan mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari setelah laporan diterima.


Di A-1-21 Kebakaran kecil telah berlaku pada awal Ogos 2010. Kejadian ini tidak dimaklumkan oleh pemilik rumah dan penduduk kepada pihak pengurusan. JMB RPSS telah menghubungi En. Rashid selaku pemilik rumah untuk mengesahkan kejadian. Tindakan susulan dengan menghantar surat kepada TNB, BOMBA dan MPKj (Unit Elektrik) untuk memastikan rumah pangsa ini selamat diduduki.




Lebihan sampah yang dibawa oleh anjing daripada rumah sampah ke taman pada 14 November 2010.




Thursday, November 4, 2010

Pemantauan Mei 2010

Gambar-gambar dapatan pemantauan pada 1 Mei 2010






Mesyuarat Agong Tahun 2010

Gambar-gambar semasa Mesyuarat Agong tahunan JMB RPSS pada 30 Mei 2010.










Mesyuarat Bersama Prima Paramount, MPKj dan JMB-RPSS

Mesyuarat Bersama Prima Paramount, MPKj dan JMB-RPSS untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan pada 3 Jun 2010 di MPKj. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ahli Majlis MPKj En. Afendi.


Mesyuarat Pengurusan September 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penyelesaian Isu-isu Bersama Prima Paramount pada 26 September 2010

Gambar dibawah menolak dakwaan dan aduan penduduk yang menyatakan rumah pangsa kos Sri Saujana tidak selamat diduduki kerana ketiadaan pili bomba.


Gambar dibawah menunjukkan pemantauan bersama pemaju berkaitan dengan bangunan


Hasil pemantauan juga didapati terdapat segelintir penduduk yang membuang kertas-kertas (bertulisan cina) yang dibuang ditepi bangunan melalui tingkat.

Projek Keceriaan

Siap pada 30 Oktober 2010 dengan kos RM514.00 .Ianya disiapkan oleh Puan Sarajoni selaku pekerja am JMB-RPSS. Namun amat mengecewakan terdapat segelintir penduduk mengambil batu bata untuk tujuan peribadi mereka.


Sunday, October 31, 2010

Aduan Terhadap MPKj dan MayBank

Hasil pemantauan pada 31 Oktober 2010 tindakan memperbaiki jalan telah dilaksanakan oleh pemaju walaupun dalam keadaan tidak memuaskan. Namun begitu diharapkan penduduk akan memberi laporan dan aduan kepada pihak pengurusan bagi memastikan pemaju membuat yang terbaik. Begitu juga aduan terhadap Maybank berkenaan tidak menerima penyata September 2010 telah mendapat maklumbalas daripada pihak bank.

Sunday, October 24, 2010

Surat Peringatan MPKj

Pihak JMB-RPSS telah mengambil surat peringatan kali ketiga pada 25/10/2010 untuk pemilik rumah yang masih enggan membayar caj penyenggaraan. Diharap kerjasama yang diberikan oleh COB, MPKj akan diteruskan pada masa hadapan.

Penyelarasan Bayaran Oleh Pemaju

Pihak JMB-RPSS merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pemaju kerana sudi membuat bayaran caj penyenggaraan dan menyelesaikan beberapa isu yang tertunggak. Perbincangan pada 23/10/2010 jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh En. Rozman dan En.Jamean selaku wakil JMB-RPSS manakala En.Azman mewakili pihak pemaju.

Tidak Menerima Penyata Akaun MayBank

Pihak pengurusan JMB RPSS merasa kesal akibat kegagalan pihak MayBank menghantar penyata akaun bulan Ogos & September 2010 mengikut jadual. Sehingga sekarang penyata September 2010 masih lagi belum diterima. Pihak JMB telah membuat aduan secara online kepada pihak bank pada 24/10/2010.

Mulai 2011 dan sehingga sekarang tiada lagi masalah ini. Terima kasih MayBank.

Kejadian Kecurian Batu bata

Terdapat segelintir penduduk yang mengambil batu bata milik JMB-RPSS untuk kegunaan peribadi mereka. Kejadian ini berlaku hasil pemantauan pada 24 Oktober 2010. Oleh itu mereka dingatkan sekiranya kejadian berulang pihak JMB tidak teragak-agak akan membuat laporan polis.

Wednesday, October 20, 2010

Majlis Perkahwinan

Semua penduduk dijemput hadir ke majlis perkahwinan Cik Norhaniza binti Hussin pada 24 Oktober 2010 (Ahad). Masa dari jam 11.00 pagi-5.00 petang. Penduduk juga diminta tidak meletakkan kenderaan dikawasan parkir yang telah ditetapkan untuk pemasangan khemah. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.