Tugas pejabat untuk sementara ini akan diuruskan oleh En. Anuar
Sunday, March 18, 2018
PEKERJA SAMBILAN JMB SRI SAUJANA
JMB Sri Saujana Kajang telah melantik En. Anuar sebagai kerani sambilan JMB Sri Saujana Kajang kerana kerani tetap iaitu Pn. Dayana telah cuti bersalin. Oleh itu, En. Anuar akan mengambil alih sementara tugas-tugas pejabat.
PROGRAM GERAN KECIL DAN ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU TAHUN 2018
Permohonan JMB Sri Saujana berkaitan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tahun 2018 telah diluluskan. Satu taklimat telah diadakan di Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam dan JMB Sri Saujana Kajang telah diwakili oleh Setiausaha JMB Sri Saujana iaitu Puan Latipah binti Che Pah.
Geran digunakan untuk menceriakan lagi kawasan JMB Sri Saujana Kajang dengan tanaman hijau seperti pokok bunga dan lain-lain.
Tuesday, February 27, 2018
PEMASANGAN CCTV SELESAI
Pihak JMB Sri Saujana Kajang telah meningkatkan lagi langkah keselamatan apabila memperbanyakkan lagi CCTV di kawasan-kawasan yang berisiko berlaku perkara yang tidak dingini.
Dengan adanya banyak CCTV pihak JMB boleh membantu pihak berkuasa jika berlaku perkara yang buruk. Selain itu, kita boleh memantau jika ada pihak yang melakukan aktiviti vandalisme yang sengaja merosakkan harta awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


