Thursday, February 8, 2018

PEMASANGAN CCTV

Demi memastikan kawasan Flat Sri Saujana sentiasa dalam pegawasan 24jam, pihak JMB Sri Saujana telah memasang beberapa lagi buah CCTV di beberapa kawasan penting. Jika sebelum ini sudah 4 CCTV telah dipasang, pihak JMB Sri Saujana telah menambah lagi 8 CCTV dengan semuanya menjadikan 12 CCTV berada di seluruh kawasan Flat Sri Saujana. Dengan adanya CCTV secara tidak langsung dapat membantu pihak JMB Sri Saujana serta pihak berkuasa jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kecurian dan lain-lain.

Pekerja memasang CCTV

Tuesday, February 6, 2018

KALENDER FLAT SRI SAUJANA KAJANG

Usaha JMB Sri Saujana Kajang untuk memberi peringatan kepada pemilik yang masih tegar dari melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kalender akan diserahkan kepada semua 200 unit rumah Flat Sri Saujana Kajang. Kepada yang istiqomah membayar diucapkan terima kasih kerana sama-sama membantu dalam melancarkan lagi pengurusan Flat Sri Saujana Kajang.


Pesanan ikhlas dari JMB Sri Saujana

Monday, February 5, 2018

PEMBERSIHAN SISTEM KUMBAHAN

Pembersihan sistem kumbahan Flat Sri Saujana dilakukan setelah didapati tersumbat. Air dari sistem kumbahan tersebut telah mengalir keluar sehingga mengganggu aktiviti seharian warga Flat Sri Saujana. Tindakan pantas pekerja JMB Sri Saujana telah berjaya mengatasi masalah tersebut.

 Saluran najis tersumbat