Monday, March 20, 2017

PROSES MEMBUAT SALIRAN DI KAWASAN PARKIR MOTOSIKAL

Kawasan parkir motosikal Flet Sri Saujana kerap mengalami masalah takungan air jika berlaku hujan lebat. Ini mendatangkan masalah kepada penduduk terutamanya penunggang motosikal. Oleh itu pihak pengurusan Flet Sri Saujana Kajang telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan melakukan proses membuat saliran di lantai parkir motosikal. Laluan ini dibuat bagi mengalirkan air yang sentiasa bertakung jika berlaku hujan lebat. Pihak pengurusan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk keselesaan penduduk Flet Sri Saujana Kajang.

 Membuat laluan air dengan memotong lantai

Thursday, March 16, 2017

GOTONG ROYONG FLET SRI SAUJANA KAJANG

Ahad lepas, penduduk Flet Sri Saujana Kajang telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran flet. Aktiviti ini mendapat sokongan dari penduduk selain dapat membersihkan kawasan persekitaran, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran. Selain itu, dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat menyihatkan badan. Semoga aktiviti yang baik ini dapat diteruskan.

Penduduk bekerjasama membersihkan kawasan longkang supaya tidak tersumbat

Tuesday, February 28, 2017

MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG

MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG
Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang 
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Laporan pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/pembekal/syarikat
6. Hal-hal lain
*Semua pemilik dan penduduk boleh menghantar cadangan , aduan dan maklumbalas melalui SMS ke 01120785001