Thursday, March 16, 2017

GOTONG ROYONG FLET SRI SAUJANA KAJANG

Ahad lepas, penduduk Flet Sri Saujana Kajang telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran flet. Aktiviti ini mendapat sokongan dari penduduk selain dapat membersihkan kawasan persekitaran, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama jiran. Selain itu, dengan aktiviti ini secara tidak langsung dapat menyihatkan badan. Semoga aktiviti yang baik ini dapat diteruskan.

Penduduk bekerjasama membersihkan kawasan longkang supaya tidak tersumbat

Tuesday, February 28, 2017

MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG

MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2017 JMB SRI SAUJANA KAJANG
Tarikh : 14 Mac 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm
Tempat : Pejabat JMB/MC Sri Saujana Kajang 
Kehadiran : Semua AJK JMB Sri
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Laporan pengurusan
4. Laporan Kewangan
5. Pembentangan cadangan/pembekal/syarikat
6. Hal-hal lain
*Semua pemilik dan penduduk boleh menghantar cadangan , aduan dan maklumbalas melalui SMS ke 01120785001

Monday, February 27, 2017

KERJA-KERJA MENYEDUT KUMBAHAN

Demi menjamin pengaliran saliran kumbahan flet Sri Saujana berjalan dengan lancar, pihak pengurusan flet Sri Saujana Kajang telah melantik syarikat untuk membersihkan laluan saliran yang mengalirkan sisa kumbahan. Proses tersebut dibuat adalah untuk mengelakkan dari sisa tersebut melimpah keluar sehingga ke kaki lima laluan penduduk. Jika tidak dibendung akan berlaku masalah pencemaran bau yang mengganggu urusan seharian penduduk.

 Sisa kumbahan tersumbat perlu disedut keluar