Tuesday, January 17, 2017

MASALAH POKOK TELAH MELEBIHI SEMPADAN KAWASAN FLET SRI SAUJANA

Sedia maklum bahawa kawasan Flet Sri Saujana Kajang adalah bersebelahan dengan tanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Masalah yang timbul adalah pokok yang tumbuh dikawasan tanah (KPM) tersebut telah tumbuh melepasi kawasan Flet Sri Saujana Kajang. Kemungkinan perkara yang buruk boleh berlaku jika perkara ini tidak ditangani seperti dahan yang patah boleh menghempap kereta penduduk ataupun lebih buruk lagi terhempap penduduk atau pelawat yang melalui kawasan tersebut. Pihak JMB Sri Saujana Kajang berusaha berbincang dengan pihak KPM untuk menyelesaikan perkara ini demi memastikan keselamatan penduduk dan harta benda terjaga.

Pokok tumbuh melebihi kawasan sempadan 


Sunday, January 15, 2017

PEMBELIAN PERALATAN ICT BARU

Demi memastikan segala pengurusan pejabat dapat diuruskan dengan baik, pihak pengurusan JMB Sri Saujana Kajang telah membeli set komputer baru bagi menggantikan set komputer yang lama. Dengan bebanan tugas semakin bertambah, sistem komputer kerap kali mengalami masalah secara tidak langsung akan menyukarkan tugas pengurusan di pejabat JMB Sri Saujana. Oleh itu, penggantian set komputer adalah perlu demi memastikan urusan pejabat seperti urusan kewangan dapat diuruskan dengan baik.

Set komputer baru.

MESYUARAT PERSATUAN JMB-MC HULU LANGAT

Wakil JMB Sri Saujana Kajang telah menghadiri mesyuarat Persatuan MB-MC Hulu Langat yang berlangsung di Pangsapuri Cemara, Kajang Impian. Mesyuarat ini membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit dalam sesebuah pengurusan dalam mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki. Segala masalah dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Sementara itu, Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang iaitu En. Rozman Mat Hazin telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JMB Hulu Langat. Diharap dengan lantikan tersebut secara tidak langsung dapat memajukan lagi JMB didaerah Hulu Langat ini.

Ucapan dari wakil JMB Hulu Langat