Sunday, January 15, 2017

MESYUARAT PERSATUAN JMB-MC HULU LANGAT

Wakil JMB Sri Saujana Kajang telah menghadiri mesyuarat Persatuan MB-MC Hulu Langat yang berlangsung di Pangsapuri Cemara, Kajang Impian. Mesyuarat ini membincangkan tentang hal-hal yang berbangkit dalam sesebuah pengurusan dalam mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki. Segala masalah dikongsi dan diselesaikan secara bersama. Sementara itu, Pengerusi JMB Sri Saujana Kajang iaitu En. Rozman Mat Hazin telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JMB Hulu Langat. Diharap dengan lantikan tersebut secara tidak langsung dapat memajukan lagi JMB didaerah Hulu Langat ini.

Ucapan dari wakil JMB Hulu Langat

Thursday, December 29, 2016

PEMBERSIHAN SISA KUMBAHAN

Bagi memastikan saliran sisa kumbahan mengalir dengan baik, pihak pengurusan Flet Sri Saujana Kajang telah melantik kontraktor untuk proses pembersihan sisa kumbahan. Pembersihan saliran perlu bagi memastikan tiada masalah seperti saliran tersumbat berlaku. Perkara lebih buruk boleh berlaku seperti limpahan sisa kumbahan jika saliran ini tidak diselenggara dengan baik.


Proses pembersihan oleh kontraktor yang dilantik.

Thursday, December 8, 2016

PEMASANGAN CCTV

Faktor keselamatan penduduk dan harta benda amat dititikberatkan oleh Pihak Pengurusan flet Sri Saujana Kajang. Oleh itu, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif memasang cctv bagi memastikan kawasan persekitaran flet terus dipantau selain itu rakaman cctv boleh dijadikan bukti jika perkara tidak diingini berlaku.