Saturday, January 4, 2014

Longkang Tersumbat


Daun-daun, sampah sarap, kain dan pelbagai objek terdapat dilongkang yang menyebabkan tersumbat. Longkang ini merupakan kawasan dibawah penyenggaraan MPKj berada dialamat Jalan Prima Saujana 3/1, Seksyen 3, Taman prima Saujana, Kajang.

Akibat longkang tersumbat air telah melimpah jalan raya dan telah mengakibatkan kerosakan jalanraya. Untuk mengelak daripada kerosakan yang lebih teruk dan membaiki dengan kos yang lebih besar, pihak JMB RPSS bersedia bekerjasama MPKj untuk mengadakan majlis gotong royong. Penduduk boleh membuat aduan terus kepada MPKj sila klik disini http://www.mpkj.gov.my/web/guest/e-aduan 

Rondaan Keselamatan Pihak POLIS

Pihak POLIS telah mengadakan rondaan ke kawasan Sri Saujana pada setiap hari. JMB RPSS telah mencadangkan kepada pihak POLIS untuk mewujudkan PETI POLIS di Sri Saujana.
 
Pihak POLIS juga telah membuat pemeriksaan dan semakan atas talian nombor-nombor motosikal bagi mengesan sekiranya terdapat motorsikal curi dan bermasalah.

Larangan Menampal Iklan & Tindakan Kegagalan Membayar Caj Penyenggaraan

Kempen larangan menampal sebarang notis iklan dikawasan harta bersama demi untuk keceriaan kawasan. Begitu juga ingatan kepada bakal pembeli dan penyewa supaya menyemak tunggakan caj unit berkenaan untuk mengelak sebarang kesulitan.
 
Jika berhasrat nak menampal iklan, sila ke pejabat pengurusan setiap Ahad jam 10.00 pagi - 12.00 tgh.