Sunday, February 4, 2018

PEMASANGAN BANNER "JOM BAYAR TUNGGAKAN"

Masih ada lagi segelintir pemilik kediaman Flat Sri Saujana Kajang yang tidak menjelaskan bayaran penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh itu JMB Sri Saujana Kajang telah memasang banner "JOM BAYAR TUNGGAKAN" bertujuan untuk memberi peringatan kepada pemilik yang masih lagi belum menjelaskan bayaran penyelenggaraan. Caj penyelenggaraan penting bagi memastikan urusan penyelenggaraan Flat Sri Saujana Kajang berjalan dengan lancar. Banner digantungkan di tempat strategik iaitu dikawasan laluan penduduk.


 JOM BAYAR TUNGGAKAN

Monday, January 15, 2018

PERBINCANGAN PEMASANGAN CCTV

AJK JMB Sri Saujana Kajang turun bersama-sama membincangkan kawasan yang perlu diletakkan CCTV. Ini adalah untuk terus memastikan kawasan JMB Sri Saujana Kajang terus dalam keadaan selamat dan sejahtera.


 Pengerusi JMB Sri Saujana En. Rozman menunjukkan kawasan yang perlu diletakkan lagi CCTV.

Wednesday, January 10, 2018

PROSES KEBERSIHAN KAWASAN TAMAN

Kerja-kerja pembersihan terus dijalankan supaya kawasan persekitaran Flat Sri Saujana Kajang terus ceria dan bersih.