Saturday, January 4, 2014

Rondaan Keselamatan Pihak POLIS

Pihak POLIS telah mengadakan rondaan ke kawasan Sri Saujana pada setiap hari. JMB RPSS telah mencadangkan kepada pihak POLIS untuk mewujudkan PETI POLIS di Sri Saujana.
 
Pihak POLIS juga telah membuat pemeriksaan dan semakan atas talian nombor-nombor motosikal bagi mengesan sekiranya terdapat motorsikal curi dan bermasalah.

Larangan Menampal Iklan & Tindakan Kegagalan Membayar Caj Penyenggaraan

Kempen larangan menampal sebarang notis iklan dikawasan harta bersama demi untuk keceriaan kawasan. Begitu juga ingatan kepada bakal pembeli dan penyewa supaya menyemak tunggakan caj unit berkenaan untuk mengelak sebarang kesulitan.
 
Jika berhasrat nak menampal iklan, sila ke pejabat pengurusan setiap Ahad jam 10.00 pagi - 12.00 tgh.

Saturday, December 7, 2013

Pembuangan Sampah & Sebutharga Pembinaan Stor Dibawah Tangga

Sejak November 2013 masalah pembuangan sampah oleh penduduk semakin kerap berlaku. Penduduk berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan amaran telah dibuat.
 
Sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, JMB RPSS mencadangkan supaya pembinaan stor barang dan peralatan dibina dibawah tangga ini.
 
Penduduk yang mempunyai kebolehan dan kepakaran membina stor boleh mengemukakan sebut harga dipejabat kepada pihak pengurusan sebelum 30 Januari 2014.